Home Nasional Kejohanan Petanque ANGKASA berhasrat tarik penyertaan ahli koperasi
Nasional

Kejohanan Petanque ANGKASA berhasrat tarik penyertaan ahli koperasi

Kejohanan Petanque ANGKASA berhasrat tarik penyertaan ahli koperasi

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

BENTONG, 11 Ogos- Kejohanan Petanque Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Peringkat Negeri Pahang III 2024 disertai 76 pasukan daripada 26 buah koperasi.

Pertandingan tersebut bagi menentukan pasukan terbaik kategori senior dan junior yang akan mewakili kejohanan di peringkat negeri serta Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kelantan pada September depan.

Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kejohanan petanque menjadi program yang sentiasa dinantikan saban tahun oleh warga koperasi kerana sinonim dengan gerakan koperasi selepas dipertandingkan di Sukan SEA sejak 2001.

Melalui sukan tradisi itu, ANGKASA berhasrat menarik minat lebih ramai anggota koperasi untuk turut menyertainya kerana sukan tersebut menguji kekuatan fizikal serta menuntut ketajaman mental dan strategi yang baik.

\”Sukan yang saya katakan tadi adalah sukan rasmi ataupun sukan tradisi yang memang dipopulakan oleh ANGKASA sejak tahun 1970-an lagi. Sekarang ini ahli ANGKASA ada 11,000, jadi kesemua ahli memang terdedah dengan sekan itu.

\”…ada modul untuk petanque dan memang cukup popular terumata di luar bandar macam dikawasan Felda dan sekolah, sebab ia termasuk dalam Majlis Sukan Negara (MSN) dan menjadi acara sukan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan hari ini, di Gelanggang Petanque, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bentong Berhad, Karak.

Abdul Fattah berkata, sukan itu memerlukan kerjasama erat dan meningkatkan semangat kesukanan sekali gus dapat diterapkan dalam pengurusan koperasi dalam memastikan aktiviti perniagaan terus berdaya saing.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...