Home Nasional Kejayaan bertanding di peringkat antarabangsa, kebanggaan seluruh rakyat Malaysia
Nasional

Kejayaan bertanding di peringkat antarabangsa, kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

Kejayaan bertanding di peringkat antarabangsa, kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

Tangkap layar X Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar penghargaan turut diberikan kepada atlet yang berjuang membawa nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di temasya Olimpik yang paling berprestij itu.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga semangat juang dan usaha keras yang ditunjukkan.

\”Terima kasih Raja Pecut Negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, atlet berbasikal lebuh raya wanita negara Nur Aisyah Mohamad Zubir dan atlet pelayaran negara Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.

\”Kejayaan mereka untuk bertanding di peringkat antarabangsa, satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Teruskan berjuang dan bangkit dengan lebih kuat!,\” katanya menerusi hantaran di X.

Selain badminton, Malaysia juga meletakkan harapan kepada sukan terjun, memanah dan pelayaran untuk meraih pingat emas pertama pada Olimpik Paris 2024.

Namun begitu, pencapaian atlet setakat ini membuktikan bahawa semangat juang dan usaha keras mereka dalam mewakili negara patut dihargai, walaupun belum berjaya meraih pingat emas.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...