Home Nasional Kastam rampas lebih 266,000 anak udang karang di Bintan, Indonesia
Nasional

Kastam rampas lebih 266,000 anak udang karang di Bintan, Indonesia

Kastam rampas lebih 266,000 anak udang karang di Bintan, Indonesia

Gambar hiasan

BATAM (Kepulauan Riau), 14 Oktober – Pejabat Kastam Batam menggagalkan penyeludupan 266,600 anak udang karang di perairan Bintan, Kepulauan Riau, dengan nilai keseluruhan 26.9 bilion rupiah (US$1.6 juta), lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, ketua pejabat itu, Zaky Firmansyah berkata operasi itu bermula dengan laporan berhubung sebuah kapal berkelajuan tinggi yang disyaki menyeludup anak udang karang ke Malaysia pada Sabtu.

\”Berdasarkan maklumat, satu pasukan memantau kapal itu,\” tambahnya.

Beliau menyatakan pasukan itu berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dan merampas kapal yang membawa 266,600 anak udang karang dalam 53 kotak.

Menurut Firmansyah, penyeludup beralih daripada operasi waktu malam kepada siang hari.

\”Pasukan kami telah menjangkakan perkara ini dengan sentiasa menjalankan rondaan rutin dan langkah pengawasan lain,\” katanya.

Penyeludupan anak udang karang dilarang di bawah undang-undang, membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda lima bilion rupiah (US$309,000).

Anak udang karang yang dirampas kemudiannya dilepaskan semula ke perairan Kepulauan Riau, lapor Firmansyah.

Pada 3 September, Kastam melepaskan 275,000 ekor anak udang karang ke perairan bandar Batam. Suspek ditangkap semasa operasi bersama dengan Pengawal Pantai di perairan berhampiran Pulau Topang.

Seminggu sebelum itu, Kastam turut menggagalkan penyeludupan 177,300 anak udang karang bernilai 17.7 bilion rupiah (US$1 juta) di perairan Pulau Pengelap dan Pulau Abang. – BERNAMA-ANTARA

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...