Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional 'Fleet card': Permohonan pembayaran balik tunai pemilik kenderaan berkelayakan dilanjutkan
Nasional

'Fleet card': Permohonan pembayaran balik tunai pemilik kenderaan berkelayakan dilanjutkan

'Fleet card':  Permohonan pembayaran balik tunai pemilik kenderaan berkelayakan dilanjutkan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Kementerian Kewangan (MOF) akan melanjutkan mekanisme pembayaran balik secara tunai sehingga Ogos 2024 kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang masih belum menerima \’fleet card\’.

Menurut MOF, kemudahan itu terbuka hanya kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang sudah diluluskan permohonan mereka di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 pada atau sebelum 30 Jun lalu.

\”Lanjutan ini membolehkan pemohon yang layak untuk membuat tuntutan bagi penggunaan diesel dari 10 Jun hingga 31 Ogos ini atau sehingga menerima \’fleet card\’ atau bagi tempoh maksimum tiga bulan sahaja,\” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata hari terakhir untuk mengemukakan tuntutan juga telah dilanjutkan kepada 15 September ini.

Terma dan syarat lain yang dinyatakan di siaran media bertarikh 28 Jun 2024 kekal tidak berubah.

Pemilik kenderaan logistik yang layak boleh mula mengemukakan tuntutan bulan Ogos 2024 mulai 12 Ogos 2024.

Pelanjutan pembayaran tunai itu memberi masa yang secukupnya kepada syarikat-syarikat logistik berkelayakan untuk menerima \’fleet card\’ dan tidak menghadapi sebarang kesulitan menerima subsidi bersasar.

Pemilik kenderaan logistik yang layak boleh memohon untuk mendapat pembayaran balik tunai itu melalui portal BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Pemohon yang layak akan diberi bayaran balik secara tunai untuk menampung perbezaan antara harga runcit diesel pada tarikh pembelian berbanding harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...