Home Nasional Dokumen diplomatik Malaysia-China bocor, Kementerian Luar Negeri laksana siasatan menyeluruh
Nasional

Dokumen diplomatik Malaysia-China bocor, Kementerian Luar Negeri laksana siasatan menyeluruh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 September – Kementerian Luar Negeri memandang serius isu kebocoran dokumen Nota Diplomatik yang dihantar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Menurut kenyataan kementerian, nota yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar China itu telah didedahkan kepada umum oleh sebuah portal media Filipina, bertarikh 29 Ogos 2024.

Susulan itu, kementerian telah menjalankan siasatan dalaman mengenai kebocoran maklumat terperingkat tersebut.

Laporan polis turut dilakukan agar siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dengan segera.

Malaysia dan China mempunyai hubungan dua hala dan kerjasama yang sangat akrab dan aktif.

Kedua-dua buah negara merupakan Rakan Strategik Komprehensif dan sentiasa mengambil inisiatif-inisiatif baharu yang berpotensi memantapkan perkongsian tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Berkenaan isu Laut China Selatan, kedua-dua negara telah menzahirkan iltizam dan komitmen bagi menyelesaikan sebarang isu secara aman, menerusi konsultasi, dialog dan diplomatik dengan menggunakan platform sedia ada.

Bagaimanapun, pendirian Malaysia terhadap isu Laut China Selatan adalah muktamad.

Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, hak dan kepentingannya di kawasan maritim negara berdasarkan kepada Peta Malaysia 1979.

Pendekatan tersebut selaras prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Artikel Berkaitan:

Nota diplomatik bertaraf sulit tersebar, KLN buat laporan polis

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...