Home Nasional "Bukan masa sesuai umum kekosongan kerusi" – Mohd Puad
Nasional

"Bukan masa sesuai umum kekosongan kerusi" – Mohd Puad

"Bukan masa sesuai umum kekosongan kerusi" – Mohd Puad

Mohd Puad Zarkashi

KLUANG, 2 Ogos- Kekosongan kerusi Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Speaker Dewan DUN Johor, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan diteliti dalam masa terdekat.

Menurutnya, ketika ini, masih terlalu awal untuk mengumumkan kekosongan kerusi tersebut.

Ia bagi menghormati pemergian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia, hari ini.

\”Sebenarnya tak sesuai untuk saya cakap tentang itu (kekosongan kerusi) sekarang, bagi menghormati keluarga Allahyarham.

\”Tetapi oleh kerana hari ini dan esok pejabat (DUN Johor) tutup, jadi Ahad saya akan masuk pejabat, untuk teliti lebih lanjut.

\”Kekosongan kerusi akan dimaklumkan kepada SPR dengan segera dan tindakan susulan akan diumumkan selepas itu,\” katanya kepada pemberita di sini.

BERITA BERKAITAN:

  • Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan
  • ADUN Mahkota meninggal dunia

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...