Home Nasional Banjir di Kedah, Perak: 6,833 penduduk terjejas banjir direkodkan
Nasional

Banjir di Kedah, Perak: 6,833 penduduk terjejas banjir direkodkan

Banjir di Kedah, Perak: 6,833 penduduk terjejas banjir direkodkan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 24 September – Sebanyak 6,833 penduduk terjejas banjir di Kedah dan Perak masih ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.00 pagi ini berbanding 7,210 orang malam tadi.

Di Kedah penduduk terjejas berkurangan kepada 6,804 orang daripada 2,173 keluarga berbanding 7,181 orang malam tadi yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu 4,638 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (493) dan Pokok Sena sebanyak 67 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan hanya Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi tahap bahaya dengan paras air setinggi 22.12 meter (m).

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah penduduk terjejas banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Perak di Teluk Sena berada pada tahap bahaya dengan paras air 13.20m.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...