Home Nasional Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
Nasional

Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh hari ini.

Anwar berkatabeliau amat berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin.

\”Pembunuhan ini ternyata sangat tragik dan kejam yang jelas bertujuan untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa.

\”Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

\”Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian.

\”Mereka yang telah mengkritik saya saat ketemu saudara Haniyeh sebelum ini telah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan,\” kata Anwar menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah Anwar, rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya.

Beliau turut bimbang tentang nasib rakyat Palestin susulan pembunuhan Haniyeh.

BERITA BERKAITAN:

  • Jemaah Menteri kecam pembunuhan Haniyeh
  • \’Israel akan menyesali pembunuhan pengecut mereka\’ – Presiden Iran
  • China kutuk pembunuhan Ketua Hamas di Iran

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...