Saturday , 7 December 2024
Home Nasional 1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 November– Status terkini Projek 1BestariNet dan perancangan pembangunan Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan berhubung Projek 1BestariNet dan tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap syarikat yang diberi tender tersebut diajukan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) kepada Menteri Pendidikan.

Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Bebas-Labuan) pula bertanya kepada Menteri Pengangkutan mengenai status menaik taraf Pelabuhan Merdeka Labuan yang kini usang dan dijangka tamat tempoh penggunaannya pada 2026, serta status terkini perancangan pembangunan Pelabuhan Bersepadu Labuan (Labuan Integrated Port).

Pada sesi yang sama, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah yang sedang diambil kementerian bagi menangani isu-isu yang dihadapi Malaysia Airlines (MAS), susulan banyak aduan mengenai prestasi perkhidmatan syarikat penerbangan itu kebelakangan ini.

Selain itu, Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital mengenai langkah kerajaan dalam memastikan kod etika dan perlindungan data privasi terkawal serta bebas ketirisan, sejajar dengan perkembangan pesat penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis depan.- BERNAMA

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...