Home Pasaran Ringgit Naik, Dolar AS Hambar Meskipun Wujud Keyakinan Baharu Terhadap Rundingan Perdagangan
Pasaran

Ringgit Naik, Dolar AS Hambar Meskipun Wujud Keyakinan Baharu Terhadap Rundingan Perdagangan

Ringgit Naik, Dolar AS Hambar Meskipun Wujud Keyakinan Baharu Terhadap Rundingan Perdagangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran dolar AS mengalami prestasi hambar, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.1 peratus kepada 99.0 mata, walaupun wujud keyakinan baharu terhadap kemungkinan hasil positif daripada rundingan perdagangan AS-China.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2345/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2420 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan terus diniagakan dalam jajaran kecil, bergerak antara 4.2322 dengan 4.2418.

“Keyakinan baharu terhadap rundingan perdagangan itu tidak dapat dikekalkan berikutan kekurangan maklumat sekali gus menyebabkan timbul semula ketidaktentuan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 2.7 peratus pada April, manakala pertumbuhan industri berorientasi eksport dalam sektor pembuatan terus meningkat kepada 6.4 peratus, khususnya dalam elektrik dan elektronik.

Aktiviti penghantaran dalam kalangan rakan dagang, terutamanya dari AS, mungkin menjadi faktor yang mendorong pertumbuhan tinggi dalam aktiviti pembuatan itu, katanya.

“Secara keseluruhan, para peniaga dan pelabur masih berhati-hati terhadap isu tarif dan kemungkinan kesannya kepada ekonomi,” katanya.

Pada akhir dagangan, ringgit ditutup rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...