Home Pasaran Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni and Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Ringgit dibuka mendatar dalam persekitaran data ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2024 yang lebih baik daripada jangkaan, menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit kekal tidak berubah pada 4.4295/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4295/4350 pada Jumaat lepas.

“Pada minggu ini, tumpuan akan diberikan kepada Jackson Hole Symposium –perhimpunan tahunan pemimpin bank pusat global yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos di Wyoming, AS,” katanya kepada Livevartha.

Selain itu, katanya data tuntutan pengangguran dan aktiviti ekonomi AS juga akan menjadi tumpuan pada minggu ini berikutan peniaga menunggu kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada2.9931/9972 daripada 2.9792/9833 pada Jumaat lepas, susut berbanding euro kepada 4.8835/8896 daripada 4.8680/8741 minggu lepas dan berkurangan berbanding pound kepada 5.7344/7416 daripada 5.7167/7238 sebelum ini.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3661/3702 daripada 3.3582/3627 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8013/8242 daripada 12.6445/6656 sebelum ini.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada7.74/7.75 dan rupiah Indonesia kepada282.2/282.7 daripada minggu lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...