Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Getah Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Getah Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila peniaga memberi reaksi terhadap minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kata peniaga.

Beliau berkata pegawai Fed berbelah bahagi sama ada akan mengurangkan kadar faedah sebanyak setengah mata pada September apabila pasaran semakin yakin dengan pendekatan Fed untuk terus melonggarkan dasar monetari, walaupun laporan inflasi utama akan dikeluarkan kemudian.

Sentimen global juga terjejas berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, katanya.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya telah dihadkan oleh penyusutan ringgit berbanding dolar AS, kenaikan harga minyak mentah, dan kebimbangan mengenai kekangan bekalan getah asli (NR) susulan ramalan cuaca,” katanya kepada Livevartha.

Peniagaberkataniaga hadapan getah Jepun merosot pada Khamis, apabila keadaan cuacadi kawasan pengeluar global bertambah baik sekali gus mengurangkan tekanan bekalan, walaupun yen yang lebih rendah mengehadkan penurunan harga.

Beliau berkata harga minyak dalam dagangan Asia meningkat dan stabil pada Khamis berbanding penurunan ketara dua hari kerana tumpuan kekal kepada konflik Timur Tengah dan lebih banyak langkah rangsangan oleh kerajaan China.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, pengeluaran getah asli Malaysia susut 5.2 peratus kepada 35,979 tan pada Ogos 2024 daripada 37,960 tan bulan lepas.

DOSM menambah bahawa berasaskan tahun ke tahun, pengeluaran NR meningkat 14.9 peratus daripada 31,309 tan pada Ogos 2023, tambahnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...