Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan stabil minggu depandengan kecenderungan meningkat susulantempoh penangguhan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS)yang melegakan ekonomi global.

Pakar industriDenis Lowberkata hasilnya, harga dan permintaan dijangka kekal seimbang dengan sedikit kecenderungan meningkat.

Beliau berpendapat ketidaktentuan yang sedang berlaku akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump sememangnya menghakis keyakinanekonomi.

“Apabila keyakinankurang, keinginan untuk berkembang dalam semua aspek perdagangan akan terjejas. Dengan sikap negatif seperti itu,ia boleh memberi kesan kepada kebanyakan komoditi termasuk getah,dalam dua cara.

“Kekurangan keyakinanakan mengurangkan kesediaan untuk meningkatkan pengeluaran secukupnya. Jika dibiarkan, ini boleh berkembang kepada kekurangan bekalanyang kini sudah mula berlaku dalam sektor getah,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Persatuan PengeluarSarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah dijangka mengharungitekanan bercampur-campur pada minggu depandengan potensi gangguan bekalan diimbangi oleh permintaan berterusan daripada sektor utama serta dasar sokongan dari China.

Persatuan itu berkataharga dijangka terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS serta penanda aras harga minyak mentah.

“Musim hujan yang berterusan akan terus menjejaskan bekalan getah asli di negara-negara pengeluar utama manakala perkembangan berkaitan rundingan perdagangan AS masih menyebabkan beberapa ketidaktentuan,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...