Home Pasaran Pandangan Bercanggah Mengenai Hala Tuju Niaga Hadapan MSM Minggu Depan
Pasaran

Pandangan Bercanggah Mengenai Hala Tuju Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

Pandangan Bercanggah Mengenai Hala Tuju Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha) — Wujud pandangan yang berbeza mengenai prospek kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada minggu depandengan perang perdagangan dijangka berterusan.

Selain itu, unjuranpengeluaran yang lebih lemah juga disebut sebagai faktor yangmenyokong kepada pandangan yang berbeza ini.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah pada minggu akan datang iaituantara RM4,100 dan RM4,300 setiap tan.

Menurutnya, prestasi komoditi itu akan terjejas akibat perang perdagangan global yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS), menyebabkan pasaran berada dalam mod berhati-hati.

“Dari segi permintaan fizikal, China, India, Pakistan, beberapa negara Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan AS kekal sebagai pembeli.

"Dari segi stok simpanan, ia bagus, tiada kekurangan di Malaysia dan Indonesia," kata Teh kepada Livevartha.

Sebaliknya, peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah jangkaan pengeluaran yang lebih lemah akibat kesan banjir dari tahun lepas.

“Kami menjangkakan harga antara RM4,300 dan RM4,600,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 24 April (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...