Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Didagangkan Kukuh Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Kukuh Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Kukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata emas melonjak pada hari Jumaat, selepasdidorong oleh harapan untuk penurunan kadar yang lebih besar daripada jangkaan, dengan pasaran menetapkan harga dalam kitaran pelonggaran Fed yang agresif.

“Memandangkan kita menghampiri keputusan Fed, pengukuhan adalah dijangka.

“Persoalan sebenar bukanlah sama ada pemotongan akan berlakutetapi adakah ia akan mencecah 50 mata asas (bps). Bagaimanapun, walaupun pengurangan dibuat hanya 25 mata asas, meleset daripada jangkaan yang lebih berhati-hati, emas sewajarnya kekal disokong pada penurunan,” katanya kepada Livevartha.

Di samping itu, beliau berkata ini kerana pasaran akan menunggu kemungkinan pemotongan 50 mata asas menjelang November akan datang.

“Ringkasnya, arah aliran kenaikan harga emas kelihatan kukuh, dengan sebarang penurunan semula mungkin dilihat sebagai peluang belian.

“Bagi minggu depan, emas akan berada pada jajaran yang lebih meluas, khususnya jikaFed memberikan potongan sebanyak 50 mata asas. Dalam kes ini, emas boleh didagangkan setinggi US$2,600, dengan jangkaan ianya akan berlegar antara US$2,550 hingga US$2,600,” tambahnya lagi.

Dari Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,575.00 setiap auns troy berbanding US$2,539.00 setiap auns troy sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Minyak Soya Mencatatkan Keuntungan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Minyak Soya Mencatatkan Keuntungan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) –Kontrak niaga...

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Niaga hadapan emas di BursaMalaysia Derivatives...

Ringgit Terus Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika...