Home Pasaran Jangkaan Bekalan Terhad Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Jangkaan Bekalan Terhad Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Jangkaan Bekalan Terhad Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong olehkebimbangan pengeluaran komoditi yang rendah dan berkemungkinanmenjejaskan bekalan komoditi itu, kata peniaga.

Berikutan itu, peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Livevartha paras sokongan dijangka padaRM3,800 satu tan manakala paras rintangan pada RM3,950.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak Oktober 2024 naik RM31 kepada RM3,948;November 2024 menokok RM33 kepada RM3,904 manakala Disember 2024 meraih RM31 kepada RM3,876 satu tan.

Kontrak Januari 2025 pula meningkatRM34 kepada RM3,855, Februari 2025 menambah RM26 kepada RM3,833 dan Mac 2025 meraih RM16 kepada RM3,810.

Jumlah dagangan melonjak kepada 148,413lot daripada82,747lot manakala kepentingan terbuka menokok kepada 262,270 kontrak daripada 251,511 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meraihRM20 kepada RM4,020 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Jangkaan Bekalan Terhad Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...