Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Data AS Utama Dikeluarkan Minggu Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Data AS Utama Dikeluarkan Minggu Ini

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Data AS Utama Dikeluarkan Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS dan data inflasi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.04 mata lebih tinggi kepada 1,637.66.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan 209 kaunter untung mengatasi 128 kaunter rugi, manakala 247 kaunter kekal tidak berubah, 1,840 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 206.58 juta unit bernilai RM99.54 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pelabur akan meneliti minit mesyuarat, serta Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar, untuk menilai hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan.

"Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent mengalami penjualan, susut di bawah US$78, manakala emas menjejaki semula ke paras US$2,600,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeranitu yakin pemulihan minyak mentah baru-baru ini dan aliran meningkat berterusan dalam minyak sawit mentah akan menyokong sektor seperti minyak dan gas dan perladangan.

“Menjelang Belanjawan 2025, peniaga juga mungkin menumpukan kepada sektor seperti e-invois, pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan saham berkaitan pengguna,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 22 Mac(Livevartha) — Kontrakniaga hadapan...

Pandangan Bercanggah Mengenai Hala Tuju Niaga Hadapan MSM Minggu Depan
Pasaran

Pandangan Bercanggah Mengenai Hala Tuju Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dijangka Terus Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Terus Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 22 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka...

Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha) — Ringgitdijangka didagangkan dalam...