Home Ekonomi Unit KUB Jual 70 Peratus Kepentingan Dalam KUB Sepadu Bernilai RM103.37 Juta
Ekonomi

Unit KUB Jual 70 Peratus Kepentingan Dalam KUB Sepadu Bernilai RM103.37 Juta

Unit KUB Jual 70 Peratus Kepentingan Dalam KUB Sepadu Bernilai RM103.37 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — KUB Agro Holdings Sdn Bhd (KUBAH), anak syarikat milik penuh tidak langsung KUB Malaysia Bhd (KUB) memeterai perjanjian pembelian saham dengan Sinong Enterprise Sdn Bhd (SESB) untuk menjual 70 peratus kepentingan ekuiti KUBAH dalam KUB Sepadu Sdn Bhd (KUBS) bernilai RM103.37 juta.

KUB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan penjualan tu terdiri daripada 4.55 juta saham biasa dan dijangka selesai menjelang suku kedua 2025.

Aktiviti utama KUBS adalah penanaman sawit dan pengurusan ladang sawit. Ia mempunyai dua ladang sawit berkeluasan agregat 4,614.53 hektar di Mukah, Sarawak.

Menurut syarikat, cadangan penjualan itu adalah cadangan berdaya maju untuk syarikat merealisasikan sebahagian pelaburannya dalam ladang KUBS dan mengehadkan sumber kewangan yang diperlukan untuk memulihara dan menyelenggara ladang KUBS pada masa depan.

“Kumpulan akan dapat memanfaatkan hasil diraih daripada saranan penjualan itu untuk perniagaan terasnya yang lain dan bercadang menggunakan sebahagian daripada hasil berkenaan untuk mengembangkan perniagaan, tetapi tidak terhad kepada potensi pembelian atau pelaburan dalam perniagaan/aset pelengkap yang sama atau lain, ” katanya.

Menurutnya cadangan penjualan itu memberi peluang kepada KUB untuk merealisasikan keuntungan pro forma daripada penjualan sebanyak RM19.65 juta dan dijangka meningkatkan aset bersih dan pendapatan kumpulan.

“Oleh itu, kumpulan akan berkedudukan lebih baik untuk memberikan pulangan mampan yang lebih tinggi kepada pemegang saham KUB,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...