Home Ekonomi Unit IJM Corp Peroleh Kontrak Bernilai RM561 Juta
Ekonomi

Unit IJM Corp Peroleh Kontrak Bernilai RM561 Juta

Unit IJM Corp Peroleh Kontrak Bernilai RM561 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Anak syarikat milik penuh IJM Corp Bhd, IJM Construction Sdn Bhd memperoleh dua kontrak bernilai RM561 jutaterdiri daripada pusat data di Johor dan kemudahan perkilangan perindustrian di Pulau Pinang.

IJM Corpdalam satu kenyataan hari berkata usaha sama dengan nisbah kepentingan 50:50 antara Woh Hup Malaysia Sdn Bhd dan IJM Construction telah dianugerahkan kontrak RM508 juta daripada pemaju pusat data antarabangsa.

Projek tersebut melibatkan pembinaan dua bangunan pusat data di Gelang Patah, Johor dengan bangunan pertamadijadualkan siap pada suku ketiga 2025dan bangunan keduapula dijangka siap pada suku pertama2026.

Kumpulan itu berkata IJM Construction juga telah mendapatkontrak bernilai RM307 juta untuk pembinaan kemudahan pembuatan dan pergudangan elektrik dan elektronik (E&E) baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kemudahan paling canggihberkeluasan560,000 kaki persegi terletak di kawasan seluas 8.09 hektar (20 ekar) di Taman Teknologi Bandar Cassia adalah untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam sektor E&E bertujuan untuk menyokong pertumbuhan dalam peralatan modal semikonduktor dan pasaran peranti penjagaan kesihatan.

Pembinaan kemudahan itu akan dimulakan pada Ogos 2024 dengan dijangka siap pada Oktober 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan IJM Corp Lee Chun Fai berkata penganugerahan kontrak berkenaanmenyerlahkan kepakaran IJM Construction dalam menguruskan projek kompleks mengikut jadual yang dipercepatkan sebagai pakar dalam pembinaan bangunan perindustrian, pusat data dan pusat logistik bersepadu.

“Permintaan yang semakin meningkat untuk pusat data dan kemudahan E&E seiringdengan fokus strategik kami, membuka laluan baharu untuk pertumbuhan dalam sektor kritikal ini. Bekerjasama dengan rakan kongsi terkemukaseperti Woh Hup meningkatkan keupayaan IJMuntuk memenuhi permintaan industri dan memberikan hasil yang boleh dipercayai,” katanya.

Kedua-dua kontrak itu menjadikan pekerjaan terjamin IJM Construction setakat tahun ini kepada RM1.9 bilion termasuk nilai perolehantertunggak RM6.0 bilion pada 31 Mac 2024, jumlah nilai perolehankontrak kumpulan itu kini berjumlah RM7.9 bilion.

Related Articles

Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku ZafrulLONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ
Ekonomi

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam SarifudinISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat...

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada...