Home Ekonomi Tuju Setia Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM248 Juta Daripada Sime Darby Property
Ekonomi

Tuju Setia Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM248 Juta Daripada Sime Darby Property

Tuju Setia Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM248 Juta Daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) —Tuju Setia Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya,Pembinaan Tuju Setia Sdn Bhd (PTS) meraih kontrak pembinaan bertingkat bernilai RM248 jutadaripadaSime Darby Property Bhd (SDP).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Tuju Setia berkata PTS menerima surat lantikan daripada SDP bagi cadangan pembinaan dan penyiapanHype Residences di USJ 7,Subang Jaya, Selangor.

"Kontrak berkenaan adalah untuk tempoh 33 bulan, dan ia dijadualkan bermula pada 22 Ogos," katanya.

Hype Residences yang berkeluasan 1.75 hektar (4.32 ekar), akan menampilkan bangunan 39 tingkat dengan dua menara, tempat meletak kenderaan tertutup dan pelbagai kemudahan lain.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Tuju SetiaWee Eng Kong berkata perolehanprojek berkenaan menandakan pencapaian penting bagi syarikat itu.

“SDP adalah antara pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam membina komuniti yang mampan, dan kami berbangga dapat terlibat samadengan pembangunan pelan induk SJ7 yang berprestij ini.

"Kontrak itu juga menyerlahkankomitmen kami untuk menjadi pembina pilihan dengan cara menyiapkanprojek secara konsisten tepat pada masanya dan mempunyai standard kualiti yang tinggi," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku ZafrulLONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ
Ekonomi

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam SarifudinISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat...

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada...