Home Ekonomi Trend pengukuhan ringgit beri peluang rakyat meningkatkan pelaburan
Ekonomi

Trend pengukuhan ringgit beri peluang rakyat meningkatkan pelaburan

Trend pengukuhan ringgit beri peluang rakyat meningkatkan pelaburan

Felo Penyelidik Kanan, INCEIF Universiti, Dr Mohd Zaidi Md Zabri

KUALA LUMPUR, 25 September – Trend pengukuhan ringgit ketika ini, merupakan peluang untuk rakyat mempelbagai serta meningkatkan pelaburan masing-masing.

Felo Penyelidik Kanan, INCEIF Universiti, Dr Mohd Zaidi Md Zabri berkata, ini termasuk pelaburan dalam saham berpotensi tinggi, di luar negara.

\”Jika ringgit sedang mengukuh dan kita ada pelaburan di luar negara contohnya, jadi kita boleh naikkan pelaburan itu. Ia disebabkan apa yang kita beli itu menjadi semakin murah.\”

\”Contohnya sekarang ini ada aplikasi yang mempunyai pautan dengan pasaran saham di Amerika Syarikat, jadi ringgit sedang mengukuh. Maka kita boleh ambil peluang untuk tambah pelaburan tersebut.\” katanya.

Tambah beliau, peningkatan ringgit juga akan mengurangkan kos pengimportan, sekali gus mendorong potensi harga barangan lebih murah.

Namun, rakyat digalakkan berbelanja dan melancong dalam negara sebagai usaha merancakkan ekonomi domestik dan mengukuhkan lagi matawang negara.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...