Home Ekonomi Sistem Bank Rakyat kekal selamat
Ekonomi

Sistem Bank Rakyat kekal selamat

Sistem Bank Rakyat kekal selamat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 September- Bank Rakyat menegaskan sistem perbankan mereka kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan susulan dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Bank tersebut menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka memandang serius kebimbangan yang timbul daripada dakwaan tersebut dan komited terhadap ketelusan, selain terus menambah baik daya tahan operasi untuk memastikan perkhidmatan perbankan kekal kondusif serta selamat.

\”Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan bagi terus mempertingkatkan kekukuhan dan menambah baik daya tahan operasi.

“Ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat untuk pelanggan kami,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat juga telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pelanggan secara individu menerusi surat dan sistem pesanan ringkas (SMS), di samping meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan siber.

Selain itu, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Bank Rakyat memberi jaminan bahawa semua operasi perniagaan berjalan seperti biasa dengan integriti serta keselamatan perbankan kekal menjadi keutamaan.

Pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan diminta segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-800-800 atau 03-5526-9200 serta Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

Related Articles

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada
Ekonomi

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada

PETALING JAYA: CIMB Securities menjangkakan sebarang kemungkinan penggabungan antara Affin Bank Bhd....

Public Bank catat untung RM1.75 billion
Ekonomi

Public Bank catat untung RM1.75 billion

TAY AH LEKPETALING JAYA: Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi...

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik
Ekonomi

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik

KUALA LUMPUR: Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) merangka strategi proaktif...

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa
Ekonomi

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

RAFE HANEEFPETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi...