Home Ekonomi Sapura Resources lantik Reza Abdul Rahim sebagai pemangku pengarah urusan
Ekonomi

Sapura Resources lantik Reza Abdul Rahim sebagai pemangku pengarah urusan

Sapura Resources lantik Reza Abdul Rahim sebagai pemangku pengarah urusan

Reza Abdul Rahim / FOTO SAPURA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Reza akan memikul tugas dan tanggungjawab pengarah urusan buat sementara waktu.

“Dengan pelantikan ini, ketua pegawai korporat Mai Eliza Mior Mohamad Zubir tidak lagi akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab syarikat itu berkuat kuasa 10 Oktober,” menurut kenyataan Sapura Resources.

Sapura Resources berkata pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dijangka didagangkan antara 4.42-4.45 berbanding dolar AS minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 22 Mac – Ringgit dijangka didagangkan dalam...

Ekonomi

Keseimbangan portfolio pelaburan dorong dividen tinggi Tabung Haji

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Keseimbangan dalam pengurusan portfolio...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka alami pembetulan jangka pendek minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 22 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan rendah minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 22 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara...