Home Ekonomi PMVSB pecah tanah pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee
Ekonomi

PMVSB pecah tanah pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee

PMVSB pecah tanah pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee

SHAMSUL Anuar Nasarah (tengah) pada majlis pecah tanah bagi pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee, yang terletak di presint Merdeka 118 hari ini.

PETALING JAYA: PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB) mengorak langkah penting dalam penambahbaikan infrastruktur keselamatan awam dengan majlis pecah tanah bagi pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee, yang terletak di presint Merdeka 118 hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. 

Shamsul Anuar berkata, berdasarkan laporan Global Peace Indeks (GPI), Malaysia telah naik sembilan anak tangga dalam GPI 2024 dan kini menduduki tempat ke-10 sebagai salah satu negara paling aman di dunia. 

“Pihak KDN berharap dan yakin setelah projek pembinaan semula Balai Polis Tun H.S. Lee Kuala Lumpur siap dibina nanti, ia dapat meningkatkan persepsi rasa selamat penduduk dan pelancong, sekali gus dapat  mengurangkan kadar indeks jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Majlis tersebut menyusuli perjanjian penswastaan yang ditandatangani pada Julai 2022 untuk memeterai kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri, Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd., dan PMVSB.

Perjanjian ini menandakan pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee, pembinaan 150 unit rumah untuk Polis Diraja Malaysia dan penubuhan kemudahan penyimpanan sementara trafik. 

Ia mencerminkan komitmen kukuh untuk mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan, sambil menyumbang kepada pembangunan umum presint Merdeka 118.

Sebelum majlis pecah tanah, satu majlis menandatangani perjanjian tambahan telah diadakan untuk pembinaan 150 unit kediaman bagi Polis Diraja Malaysia di bawah Skop Projek 2. 

PMVSB berkata, unit perumahan 29 tingkat ini, terletak berhampiran dengan balai polis dan akan menyediakan ruang kediaman yang moden dan praktikal bagi meningkatkan kesejahteraan anggota polis dan keluarga mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, sebagai jiran yang bangga di presint Merdeka 118, PMVSB amat komited untuk memastikan komuniti sekitar kekal selamat dan terus berkembang maju sejajar dengan pembangunan Merdeka 118. 

“Kami telah membuat pelaburan besar dalam kerja-kerja pembangunan dan menaik taraf infrastruktur di sekitar presint Merdeka 118 dan pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee adalah cerminan dedikasi kami. 

“Majlis menandatangani hari ini bukan sekadar menyaksikan peningkatan infrastruktur, ia merangkumi peningkatan kehidupan seharian komuniti melalui pembinaan rumah moden dan kemudahan untuk Polis Diraja Malaysia. 

“Kami tetap menumpukan perhatian bagi mencari langkah untuk terus memperbaiki kawasan Merdeka 118 dan menggalakkan perkembangan positif dalam pertumbuhan serta kesejahteraannya,” ujarnya. 

Skop Projek 1 dan Skop Projek 3 dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan dan 12 bulan, manakala kerja pembinaan bagi Skop Projek 2 dijangka selesai dalam tempoh 36 bulan.-UTUSAN

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...