Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Perak Pamer Ekonomi Berdaya Tahan, Catat Pertumbuhan 2.7 Peratus Pada 2023 – Perangkaan
Ekonomi

Perak Pamer Ekonomi Berdaya Tahan, Catat Pertumbuhan 2.7 Peratus Pada 2023 – Perangkaan

Perak Pamer Ekonomi Berdaya Tahan, Catat Pertumbuhan 2.7 Peratus Pada 2023 – Perangkaan

IPOH, 3 Ogos (Livevartha) –Perak mempamerkan prestasi ekonomi yang berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 2.7 peratus atau RM82.6 bilion pada 2023berbanding RM80.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia(DOSM), negeri itu menyumbang sebanyak 5.3 peratus kepada KDNK negara.

“Pertumbuhan ekonomi negeri ini dipacu oleh sektor perkhidmatan yang berkembang 3.0 peratus, didorong oleh subsektor berkaitan pelancongan iaitu perdagangan borong danruncit, makanan dan minuman sertapenginapan.

“Bagi prestasi KDNK per kapita, Perak merekodkan RM37,170 pada 2023, meningkat berbanding RM37,080 tahun sebelumnya,” kata DOSM dalam satu kenyataan berkaitanLaporan Sosioekonomi Negeri Perak 2023.

Menurut kenyataanitu, Perak berada pada kedudukan keempat menerima bilangan pelawat domestik tertinggi pada 2023 iaitu seramai 17.1 juta orang berbanding 14.6 juta orang pada 2022 dengan antara destinasi tumpuan utama adalah Pulau Pangkor, Lost World of Tambun dan Teluk Batik.

Negeri itu juga menerima bilangan pelancong domestik keempat tertinggi iaitu seramai 7.50 juta orang berbanding 6.87 juta pada 2022.

“Dari segi pelaburan, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perak berjaya menarik pelaburan yang diluluskan bernilai RM8.5 bilion,merangkumi RM6.4 bilion pelaburan domestik serta RM2.1 bilion pelaburan asing pada 2023.

“Sektor pembuatan yang merupakan penyumbang kedua ekonomi Perak menerima pelaburan yang menggalakkan bernilai RM2.7 bilion, merangkumi RM1.9 bilion pelaburan asing serta RM800.1 juta pelaburan domestik,” katanya.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta prestasi pelaburan menggalakkan, pasaran buruh di Perak terus mengukuh dengan merekodkan tenaga buruh seramai 1.15 juta orang pada2023, meningkat 2.7 peratus berbanding 2022 seramai 1.12 juta orang dengan bilangan penduduk bekerja juga bertambah kepada 1.10 juta orang (2022: 1.07 juta orang).

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...