Home Ekonomi Penghantaran pesawat A330neo Malaysia Aviation Group ditangguh
Ekonomi

Penghantaran pesawat A330neo Malaysia Aviation Group ditangguh

Penghantaran pertama pesawat A330neo kepada Malaysia Aviation Group (MAG), yang sepatutnya diterima pada September lalu, telah ditangguhkan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Penghantaran pertama pesawat A330neo kepada Malaysia Aviation Group (MAG), yang sepatutnya diterima pada September lalu, telah ditangguhkan.

Menurut syarikat induk Malaysia Airlines itu, pesawat tersebut kini dijangka akan diserahkan selewat-lewatnya bulan hadapan.

\”Kelewatan ini berpunca daripada beberapa isu yang dikenal pasti oleh Airbus semasa penyelenggaraan di hangar.

\”Akibat penangguhan tersebut, penerbangan sulung pesawat A330neo ke Melbourne yang dijadualkan pada 25 November, serta penerbangan-penerbangan berikutnya, turut terjejas,\” katanya menerusi kenyataan.

MAG akan kembali menggunakan pesawat A330-300 untuk laluan tersebut tanpa sebarang perubahan pada jadual penerbangan.

MAG menjangkakan akan menerima lima pesawat A330neo menjelang suku pertama 2025, sebagai sebahagian daripada pelan pemodenan barisan pesawatnya.

Sementara itu, perbincangan sedang dijalankan antara MAG, Boeing, dan syarikat pemajak, AirLease Corp, mengenai baki penghantaran pesawat Boeing 737-8 yang turut mengalami kelewatan.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata kelewatan ini telah memberi impak kepada pelan pemodenan syarikat dan pertumbuhan masa depan MAG.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...