Saturday , 25 January 2025
Home Ekonomi Pasaran saham ditutup positif hari ini
Ekonomi

Pasaran saham ditutup positif hari ini

Pasaran saham ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 5.06 mata kepada 1,665.65 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,660.59 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,663.27.

Jumlah dagangan sebanyak 3.99 bilion unit bernilai RM4.08 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 898 berbanding 322 dengan 392 kaunter tidak berubah dan 893 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 775.16 mata kepada 37,155.33 ketika berita ini ditulis.

Bagi indeks Kospi Korea Selatan pula naik sebanyak 0.21 peratus atau 5.39 mata kepada 2,580.80, manakala indeks Indonesia naik 0.93 peratus kepada 7.901,68.

Selain itu, indeks STI Singapura turut naik 35.53 mata kepada 2,580.80.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa dilihat positif hari ini, seiring dengan perkembangan pasaran global dan serantau.

“Keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada semalam dilihat konsisten dengan mesej yang diberikan sebelum ini.

“Selain itu, pengurangan itu memberi keyakinan bahawa pertumbuhan ekonomi di AS dijangka stabil, serta risiko kemelesetan ekonomi juga dilihat rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, situasi itu justeru telah menyuntik keyakinan para pelabur. – UTUSAN

Related Articles

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil
Ekonomi

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil

GAMBAR Hiasan PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar...

Ekonomi

Kerajaan komited perkasa pertumbuhan industri menerusi RMK13

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 23 Januari – Kerajaan komited...

Ekonomi

Pasaran niaga hadapan emas lengang susulan kebimbangan dasar tarif AS reda

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Niaga hadapan msm ditutup rendah kebanyakannya berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...