Home Ekonomi Pasaran saham ditutup dalam jajaran rendah hari ini
Ekonomi

Pasaran saham ditutup dalam jajaran rendah hari ini

Pasaran saham ditutup dalam jajaran rendah hari ini

BURSA Malaysia

PETALING JAYA: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.06 mata kepada 1,671.32 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,673.38 pada penutup Rabu. 

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,670.19. 

Jumlah dagangan sebanyak 3.56 bilion unit bernilai RM3.28 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 582 berbanding 525 dengan 493 kaunter tidak berubah dan 916 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun naik 1,055.37 mata kepada 38,925.63 ketika berita ini ditulis.

Bagi indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 2.90 peratus atau 75.25 mata kepada 2,671.57 manakala indeks Indonesia turun 0.30 peratus kepada 7,717.59. 

Selain itu, indeks STI Singapura pula naik 5.73  mata kepada 3,588.75. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, FBM KLCI dilihat dalam jajaran yang rendah pada hari ini didorong oleh kaunter-kaunter berkaitan sektor perladangan dan tenaga. 

“Berkemungkinan aktiviti pengambilan masih berlaku akibat kurangnya katalis pasaran. 

“Selain itu, para pedagang pasaran sedang memerhatikan beberapa data ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tuntutan elaun pengangguran, inflasi serta sentimen pengguna di Amerika Syarikat (AS). 

“Pasaran masih menjangkakan pihak akan terus mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) November nanti iaitu sekitar 25 hingga 50 mata asas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Selain itu, Mohd. Afzanizam berkata, kerajaan China dilihat komited untuk menyokong pertumbuhan dengan memperkenalkan dasar monetari yang mengembang. 

“Justeru, asas pasaran saham Malaysia masih lagi kukuh dan berpotensi untuk mencatatkan kenaikan pada masa akan datang,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dijangka didagangkan antara 4.42-4.45 berbanding dolar AS minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 22 Mac – Ringgit dijangka didagangkan dalam...

Ekonomi

Keseimbangan portfolio pelaburan dorong dividen tinggi Tabung Haji

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Keseimbangan dalam pengurusan portfolio...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka alami pembetulan jangka pendek minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 22 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan rendah minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 22 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara...