Home Ekonomi MNRB Catat Untung Bersih Suku Pertama 2025 Lebih Tinggi Kepada RM92.2 Juta
Ekonomi

MNRB Catat Untung Bersih Suku Pertama 2025 Lebih Tinggi Kepada RM92.2 Juta

MNRB Catat Untung Bersih Suku Pertama 2025 Lebih Tinggi Kepada RM92.2 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Ogos(Livevartha) –MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM92.20 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025 yang berakhir 30 Jun, 2024 (S1 TK2025) daripada RM69.54 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2024.

Ia mengaitkan keuntungan yang lebih tinggi disebabkan hasil perkhidmatan insurans yang lebih baik dipacu oleh tuntutan yang lebih baik berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasillebih rendah sedikit kepada RM941.05 juta berbanding RM945.34 juta di tengah-tengah kejatuhan hasil insurans daripada perniagaan takaful keluarga, yang diimbangi oleh pertumbuhan dalam perniagaan takaful am dan insurans semula.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata jumlah hasil perniagaan insurans semula meningkat 2.4 peratus terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan hasil insurans sebanyak RM3.5 juta yang disumbangkan oleh pertumbuhan dalam perniagaan antarabangsa daripada portfolio khususdan penyerahan sukarela tempatan serta pendapatan pelaburan sebanyak RM8.9 juta.

Sementara itu, perniagaan takaful am mencatatkan jumlah hasilRM198.6 juta, meningkat12.6 peratus disebabkan pertumbuhan hasil takaful sebanyak RM21.7 juta terutamanya yang diperoleh daripada perniagaan motor dan kebakaran.

Mengenai prospek, MNRB berkata industri insurans/takaful Malaysia dijangka berkait rapat dengan pemulihan ekonomi, peningkatan dalam penembusan dan permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan digital.

Sementara itu, Pengerusi MNRBDatuk Johar Che Mat berkata pihaknya komited untuk memacu pengembangan hasil dan meningkatkan keuntungan sambil menguruskan modalnya secara optimum.

"Inisiatif-inisiatif strategik telah disusun untuk memacu keuntungan di kedua-dua segmen borong dan runcit kami melalui perniagaan insurans semula/takaful semula dan am, serta menentu ukur semula model perniagaan takaful keluarga kami," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku ZafrulLONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ
Ekonomi

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam SarifudinISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat...

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada...