Sunday , 16 February 2025
Home Ekonomi Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul
Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku Zafrul

LONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London mencatat kejayaan besar dalam memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UK serta membuka peluang baharu bagi kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lawatan tersebut berjaya menarik pelaburan bernilai RM11 bilion dalam sektor seperti tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia.

\”Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK turut mencatat nilai RM15.3 bilion, menjadikan UK sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Eropah,\” katanya.

Kata Tengku Zafrul, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat besar di UK, termasuk Standard Chartered dan Jaguar Land Rover.

Selain itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Department for Business and Trade telah mengadakan mesyuarat sulung Jawatankuasa Bersama Ekonomi dan Perdagangan (JETCO) Malaysia-UK.

Mesyuarat tersebut bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang keutamaan seperti perkhidmatan guaman, pendidikan, standard dan penilaian pematuhan, pertanian, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Anwar turut melancarkan dua projek pembangunan besar oleh syarikat Malaysia di UK antaranya projek pembangunan bersepadu YTL di UK, yang dijangka menjana eksport bernilai RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM22.6 bilion.

Projek tersebut mengukuhkan kehadiran Malaysia di pasaran antarabangsa.

Antara lain, pembangunan ladang solar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM600 juta yang membuktikan komitmen Malaysia terhadap tenaga boleh baharu dan kelestarian alam sekitar di peringkat global.

Related Articles

Ekonomi

Pakar jangka dividen KWSP 2024 meningkat ke 6% – 6.3%

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai BardaiKUALA...

Ekonomi

Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 15 Februari-Affin Bank mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 15 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK – Fahmi

Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada...