Thursday , 16 January 2025
Home Ekonomi Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah
Ekonomi

Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah

Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Daripada Nurul Hanis Izmir

LIMA (PERU), 15 Ogos (Livevartha) –Malaysia sedang giat melakukan kajian mengenai campuran tenaga dengan memanfaatkan sumber tenaga yang terdapat di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Airberkata kajian tersebut sedang diperincikan.

“Pada masa yang sama, kita perlu meningkatkan taraf transmission line (talian penghantaran) kita.

“Insya-Allah, kita akan mampu bukan sahaja untuk membekalkan tenaga yang semakin diminati oleh negara-negara luar, tetapi juga memaparkan masa depan yang kita tawarkan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)dan komitmen kita terhadap tenaga boleh baharu(RE),” kata Fadillah.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sempenalawatanke Peru untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung selama dua hari bermula 15-16 Ogos.

Mesyuarat itu, yang dihoskan oleh Peru sebagai Pengerusi APEC 2024, merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteriekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.

Pada Julai tahun lepas, Malaysia melancarkan fasa pertama NETRdengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin utama yang akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

Fadillah berkata Malaysia mampu menyediakan bekalan tenaga yang stabil, berdaya saing, dan mampu dibiayai, yang seterusnya dapatmendorong pelaburuntuk melabur di Malaysia.

Related Articles

Peningkatan kemewahan, populasi tua pacu sektor penjagaan kesihatan
Ekonomi

Peningkatan kemewahan, populasi tua pacu sektor penjagaan kesihatan

ILUSTRASI kompleks kediaman warga emas eksklusif yang terletak bersebelahan Pusat Perubatan Sunway,...

BNM dijangka kekalkan OPR bagi menyokong ringgit dan inflasi
Ekonomi

BNM dijangka kekalkan OPR bagi menyokong ringgit dan inflasi

OPR dijangka kekal tiga peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Bank...

Hasil eksport minyak sawit dijangka melonjak kepada RM120 bilion
Ekonomi

Hasil eksport minyak sawit dijangka melonjak kepada RM120 bilion

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin (tengah), melawat reruai...

Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup rendah

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 Januari- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang...