Home Ekonomi Malaysia Alu-alukan Sokongan Jepun Percepat Peralihan Tenaga — Rafizi
Ekonomi

Malaysia Alu-alukan Sokongan Jepun Percepat Peralihan Tenaga — Rafizi

Malaysia Alu-alukan Sokongan Jepun Percepat Peralihan Tenaga — Rafizi

JAKARTA, 21 Ogos — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (dua, kiri) hadir Mesyuarat Peringkat Menteri Komuniti Pelepasan Sifar Pelepasan Asia (AZEC) Ke-2, di sini, hari ini

JAKARTA, 21 Ogos(Livevartha) –Malaysia mengalu-alukan sokongan dan kerjasama Jepun dalam mempercepat usaha peralihan tenaga negara kepadapenyahkarbonan dan mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkataPelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang bertujuan mempercepatperalihan tenaga mendapat inspirasi daripadaMesyuarat Peringkat Menteri Komuniti Pelepasan Sifar Pelepasan Asia (AZEC) yang julung kali diadakan tahun lepas.

“Kami menjangkakan sumbangan AZEC akan memainkan peranan pentingmemacu anjakan ke arah penyelesaian tenagalebih mampan dan rendah karbon yang penting untuk masa depan rantau ini,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas Mesyuarat Menteri AZEC Ke-2, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, mesyuarat yang baru berakhir itu telah mencapai objektifnya untukmengukuhkanlagi kerjasama erat sedia ada, terutamanya meningkatkan tiga elemen pentingiaitu keselamatan, kemampuan dan kemampanan.

Menurutnya,Malaysia, sebagai negara rakanAZEC, telah menyemak semula sasaran tenaga boleh baharunya, menyasar mencapai70 peratus kapasiti dipasangmenjelang 2050, peningkatan daripada sasaran sebelumnya sebanyak 40 peratus menjelang 2035.

Kerajaan Malaysia juga telah memulakan beberapa langkah utama, termasuk pelaksanaan projek solar secara meluas, penubuhan Energy Exchange Malaysia untuk menggalakkanjualan elektrik hijau rentas sempadan ke negara jiran, projek perdana NETR serta 50 inisiatif utama yang kini berada di landasan yang betul dan mencatatkan kemajuan yang baik.

Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang dijangka dibentangkanpada akhir tahun ini akan mengawal selia secara menyeluruh semua aspek CCUS.

Manakala Rang Undang-undang Perubahan Iklim yangdijangka dimuktamadkan menjelang Jun 2025, akan memperkenalkan mekanisme kritikal seperti penetapan harga karbon untuk menangani dan mengurangkan kesan perubahan iklim, katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah bersama mesyuarat tahun depan dengan Jepun di Kuala Lumpur selepas mendapat kelulusan pada dasarnya daripada Kabinet baru-baru ini.

Related Articles

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga
Ekonomi

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga

PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman dan deposit bank-bank Malaysia dijangka perlahan apabila mereka...

Ekonomi

Niaga hadapan emas melemah berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 November- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS...

Ekonomi

Niaga hadapan FBM KLCI diniagakan tinggi pada tengah hari

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 1 Nov- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...