Home Ekonomi KUSKOP sasar pelaburan RM80 juta pada MIHAS 2024
Ekonomi

KUSKOP sasar pelaburan RM80 juta pada MIHAS 2024

KUSKOP sasar pelaburan RM80 juta pada MIHAS 2024

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 17 September– Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan sebanyak RM80 juta melalui penyertaan 26 syarikat halal dan 14 syarikat francais jenama tempatan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, jumlah tersebut melibatkan sasaran nilai jualan RM30 juta bagi produk industri halal dan RM50 juta bagi produk industri francais.

\”Mudah-mudahan dalam tempoh tiga hari ini akan ada lagi syarikat lain yang datang ke MIHAS 2024 berbincang dengan para pempamer dan seterusnya menandatangani dan memeterai kerjasama perniagaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pavilion KUSKOP MIHAS dan menyaksikan empat Perjanjian Persefahaman (MoU) membabitkan syarikat usahawan halal tempatan bersama rakan niaga dalam dan luar negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Ewon berkata penyertaan KUSKOP kali ini bersama usahawan tempatan di MIHAS adalah bukti komitmen kerajaan dalam mempromosikan usahawan tempatan ke peringkat global.

“Kami yakin peluang ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan Malaysia untuk memperluaskan jaringan perniagaan mereka, terutama melalui peningkatan kerjasama strategik dengan pelabur antarabangsa.

\”Saya berharap usahawan kita dapat mengambil peluang termasuklah memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa, malah juga untuk membina rangkaian lebih kukuh dan strategik dengan pelabur serta rakan niaga dari seluruh dunia,” katanya.

MIHAS 2024 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berlangsung bermula hari ini hingga 20 September.

Related Articles

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini
Ekonomi

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

ONN HAFIZ GHAZI – Gambar failKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat...