Home Ekonomi Keseimbangan portfolio pelaburan dorong dividen tinggi Tabung Haji
Ekonomi

Keseimbangan portfolio pelaburan dorong dividen tinggi Tabung Haji

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Keseimbangan dalam pengurusan portfolio pelaburan dalam dan luar negara dilihat mampu mendorong Tabung Haji (TH) memberikan kadar dividen yang tinggi kepada pendeposit.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata langkah penyusunan semula TH pada 2019 yang menyaksikan penjualan aset tidak menguntungkan telah membantu mengukuhkan prestasi pelaburan institusi itu.

“Tahun 2024, prestasi Bursa Malaysia juga adalah baik. Jika dilihat secara purata, indeks berada pada 1,600 mata berbanding 1,400 mata pada 2023, selari dengan prestasi kebanyakan syarikat Malaysia,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kekal pada paras tiga peratus sepanjang tahun lalu turut memberikan kestabilan dalam meraih pulangan menguntungkan.

Setakat ini, 90 peratus daripada aset TH dilaburkan dalam negara, termasuk dalam pasaran saham tempatan, sukuk dan hartanah dengan hasil pendapatan melalui sewaan.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...