Home Ekonomi Institusi tempatan sokong Bursa Malaysia untuk Minggu ke-12 berturut-turut
Ekonomi

Institusi tempatan sokong Bursa Malaysia untuk Minggu ke-12 berturut-turut

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Institusi tempatan terus menyokongBursa Malaysia untuk minggu ke-12 berturut-turut, menerusi belian bersih berjumlah RM281.9 juta.

Bagaimanapun, angka itu susut berbanding RM304 juta belian bersih dicatatkan minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, institusi tempatan melakukan belian bersih berterusan untuk tempoh 36 hari dagangan.

Menerusi Laporan Aliran Dana MIDF bagi minggu berakhir 10 Januari peruncit tempatan kembali menjadi pembeli bersih, menyumbang RM220.3 juta dalam aliran masuk bersih.

Sebaliknya, pelabur asing meneruskan momentum jualan, mencatatkan aliran keluar bersih RM502.2 juta. Aktiviti dagangan melonjak merentasi semua kategori.

Purata jumlah dagangan harian naik 30.8 peratus untuk pelabur asing, 29.8 peratus untuk institusi tempatandan 19.8 peratusuntuk pelabur runcit.

Antara sektor yang merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah pembinaan dan amanah pelaburan hartanah.

Manakala utiliti, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik, sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...