Tuesday , 14 January 2025
Home Ekonomi Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 1.6 Peratus Pada Jun 2024 – DOSM
Ekonomi

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 1.6 Peratus Pada Jun 2024 – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 1.6 Peratus Pada Jun 2024 – DOSM

Kredit: FB – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) –Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPR mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua sektor dalam IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan sejak Mac 2024.

“Sektor perlombongan meningkat 4.6 peratus (Mei 2024: 6.6 peratus), dengan indeks pengekstrakan gas asli dan pengekstrakan petroleum mentah masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 4.5 peratus.

“Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.4 peratus daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (7.5 peratus) dan pengeluaran ternakan (1.7 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan, Malaysia Jun 2024 yang dikeluarkan pada Isnin.

Beliau berkata pada masa sama, sektor pembuatan meningkat 1.1 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024: 1.0 peratus) didorong oleh indeks pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (9.2 peratus).

Bagi sektor utiliti, indeks bekalan air meningkat 7.8 peratus (Mei 2024: 8.7 peratus), manakala indeks bekalan elektrik dan gas meningkat sebanyak 1.0 peratus (Mei 2024: 1.5 peratus), katanya.

Mohd Uzir berkata pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan turun perlahan negatif 0.1 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024: -0.9 peratus).

“Penurunan ini dipengaruhi oleh sektor perlombongan yang turun negatif 3.4 peratus (Mei 2024: -5.5 peratus), disebabkan oleh indeks pengekstrakan gas asli (-3.7 peratus) dan pengekstrakan petroleum mentah (-3.3 peratus),” katanya.

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengambilan untung

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 13 Januari– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 13 Januari– Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil...

Ekonomi

Malaysia terajui tiga inisiatif transformasi kemampanan ASEAN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto BernamaPETALING JAYA, 13...

Ekonomi

Kenaikan gaji minimum beri impak positif kepada ekonomi – Penganalisis

Kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam dijangka memberi limpahan kesan...