Home Ekonomi Belanjawan 2025 harus kekal utamakan penyediaan perumahan baharu
Ekonomi

Belanjawan 2025 harus kekal utamakan penyediaan perumahan baharu

Belanjawan 2025 harus kekal utamakan penyediaan perumahan baharu

Peningkatan kualiti hidup di kawasan perumahan sosial dan mampu milik turut diberi perhatian/Foto JUWAI

KUALA LUMPUR, 10 September – Penyediaan perumahan baharu harus kekal sebagai antara tumpuan utama sektor hartanah di bawah Belanjawan 2025.

Kumpulan teknologi hartanah antarabangsa,Juwai IQI juga berharap, peningkatan kualiti hidup di kawasan perumahan sosial dan mampu milik turut diberi perhatian.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, peningkatan kualiti hidup merangkumi pemasangan lampu jalan baharu dan pembinaan pusat sukan.

Kerajaan juga diharap dapat membantu mengurangkan kos perumahan yang tinggi menerusi pemberian subsidi bahan binaan kepada pemaju yang menyediakan perumahan berkualiti serta mampu milik.

Jelasnya, kos bahan binaan meningkat tiga hingga empat peratus setahun, pertumbuhan yang dianggap tinggi, meski lebih rendah berbanding tempoh pandemik.

Pihak industri dan kerajaan juga disyor bekerjasama membentuk konsortium pembelian bagi mengurangkan kos bahan binaan. Pendekatan itu dilihat berjaya mengurangkan kos bahan binaan sehingga 30 peratus, di beberapa pasaran lain.

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...