Home Ekonomi Amal Sasar Sumbangan Pendapatan Kepada Kumpulan Meningkat Sehingga 8.0 Peratus
Ekonomi

Amal Sasar Sumbangan Pendapatan Kepada Kumpulan Meningkat Sehingga 8.0 Peratus

Amal Sasar Sumbangan Pendapatan Kepada Kumpulan Meningkat Sehingga 8.0 Peratus

Amal atau yang dahulunya dikenali sebagai Project Hope dilancarkan bagi menyediakan perkhidmatan sewa khas untuk jemaah Haji dan Umrah.

Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor

Daripada Zairina Zainudin

JEDDAH, Arab Saudi, 29 Julai (Livevartha) — Unit penerbangan haji dan umrah Malaysia Aviation Group (MAG),Amal by Malaysia Airlines menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan pendapatannya kepada Kumpulan antara 7.5 hingga 8.0 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasinya Muhammad Najmi Mansor berkata peningkatan tersebut disokong oleh pemulihan pasaran haji dan umrah, permintaan tinggi untuk mengerjakan umrah, pembangunan kapasiti yang rancak oleh kerajaan Arab Saudi, penggunaan e-Tourist Visa serta perkembangan rangkaian Amal lebih meluas.

Beliau berkata berdasarkan prestasi pada tahun 2023 dan separuh pertama 2024, sumbangan pendapatan Amal kepada Kumpulan adalah sebanyak lima peratus.

Bagi tahun sebelumnya, sumbangan pendapatan mencecah sekitar tiga hingga empat peratus berikutan pasaran haji dan umrah yang masih dalam proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, katanya.

“Tahun ni kita kembali mencapai prestasi lima peratus sumbangan pendapatan (yang direkodkan) pada tahun 2019 sebab pemulihan dalam pasaran.

“Untuk jangka panjang, kami mensasarkan perubahan sumbangan pendapatan kepada Kumpulan meningkat kepada 7.5-8.0 peratus menjelang 3-5 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita semasaprogram suai kenal umrah bersama media baru-baru ini.

Beliau berkata sasaran tersebut juga sudah mengambil kira faktor-faktor boleh ubah seperti ketidaktentuan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta harga bahan api dunia.

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...