Home Perniagaan Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Mac– Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila Indeks Dolar AS (DXY) menyusut di tengah-tengah sentimen berhati-hati di Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7295/7350 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7325/7380 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keterangan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome di hadapan Kongres AS lewat malam ini. Selain itu, angka pekerjaan ADP AS yang dijadual dikeluarkan hari ini juga akan menjadi faktor utama memacu sentimen pasaran.

\”Konsensus mengunjurkan perubahan pekerjaan ADP mencecah 149,000 pada Februari (Januari: 107,000) dengan tawaran pekerjaan pada 8.8 juta pada Januari tahun ini berbanding 9.03 juta Disember lalu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 6.0207/0277 daripada 6.0027/0097 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 5.1438/1498 daripada 5.1348/1407 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.1604/1643 daripada 3.1466/1505 sebelumnya.

Begitu juga, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama negara-negara Asean lain.

Unit tempatan jatuh berbanding baht Thai kepada 13.2479/2704 daripada paras penutup 13.2119/2320 pada Selasa dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5268/5312 daripada 3.5209/5253.

Ringgit juga berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.6 daripada 300.0/300.5 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.48 daripada 8.45/8.47. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...