Home Perniagaan Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Ringgit menyusut semua daripada kenaikan pada Rabu untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS berikutan sentimen dolar AS yang bertambah baik di tengah-tengah prospek penurunan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7080/7110 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7055/7075 pada Rabu.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.21 peratus kepada 105.480 mata berikutan penurunan nilai euro, yen dan pound sterling.

“Data indeks harga pengguna terkini United Kingdom (UK) mencapai sasaran dua peratus pada Mei dan ini membayangkan kemungkinan besar penurunan kadar di negara itu.

“Apa yang paling penting adalah bilakah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya, Oleh itu buat masa sekarang DXY dijangka kekal tinggi memandangkan perbezaan penetapan masa pelonggaran monetari (di ekonomi-ekonomi utama),” katanya kepada Bernama. Oleh itu kami menjangkakan Dolar AS/Ringgit mengekalkan dagangan jajaran kecil pada RM4.70 hingga RM4.71.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9711/9732 daripada paras penutup 2.9806/9821 pada Rabu, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9815/9853 daripada 5.9896/9922 dan naik berbanding euro kepada 5.0498/0530 daripada 5.0518/0540 sebelumnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 286.5/286.8 daripada 287.4/287.7, naik berbanding baht Thailand kepada 12.8008/8138 daripada 12.8257/8354 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4807/4832 daripada 3.4832/4850. Bagaimanapun, ringgit diniagakan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02 daripada 8.01/8.01. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...