Home Perniagaan Perodua sasar jualan eksport meningkat 79 peratus
Perniagaan

Perodua sasar jualan eksport meningkat 79 peratus

Perodua sasar jualan eksport meningkat 79 peratus

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Perodua menyasarkan peningkatan jualan eksport sebanyak 79 peratus kepada 1,960 unit tahun ini, berbanding 1,094 unit pada 2023.

Sasaran tersebut, seiring usaha syarikat kereta kompak itu untuk meluaskan pasaran luar negaranya.

Pada 3 Mei lalu, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke Brunei dengan sasaran jualan , masing-masing sebanyak 120 unit serta 40 unit.

Perodua turut mengeksport model Bezza 1.0L G ke Brunei dengan jangkaan jualan sebanyak 300 unit, menjadikan jumlah sasaran keseluruhan jualan tahun ini di negara berkenaan sebanyak 460 unit.

Tahun lalu, Perodua telah mencatat jualan sebanyak 300 unit Bezza 1.0L G ke Brunei, menjadikannya pasaran eksport terbesar syarikat berkenaan .

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menjangkakan pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran eksport Perodua.

Ia berikutan pengembangan agresif yang dijalankan oleh syarikat berkenaan, di samping keupayaan pengeluaran para pembekalnya.

Katanya, ia turut memberikan peluang yang lebih besar kepada para pembekal untuk bersama meningkatkan jumlah jualan, selaras dengan keperluan bagi komponen alat ganti.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...