Saturday , 9 November 2024
Home Perniagaan Permintaan kenderaan elektrik (EV) di Asean akan terus meningkat
Perniagaan

Permintaan kenderaan elektrik (EV) di Asean akan terus meningkat

Permintaan kenderaan elektrik (EV) di Asean akan terus meningkat

Foto Hiasan/Livevartha

KUALA LUMPUR, 12 April– Penerimagunaan kenderaan elektrik (EV) di Asean dijangka terus meningkat.

Situasi itu didorong oleh sokongan kawal selia, pelancaran model baharu keluaran China pada harga lebih rendah selain peningkatan jumlah pengeluaran automotif dan permintaan ketara di rantau itu.

Melalui nota penyelidikan, Maybank Investment Bank Berhad memaklumkan, enam pasaran melaporkan lonjakan sehingga empat kali bagi jualan kereta elektrik sepenuhnyakepada141,095 unit.

Thailand dan Vietnam muncul sebagai dua negara utama yang menyumbang 77 peratus daripada jualan berkenaan.

Secara keseluruhannya, Asean menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta elektrik sepenuhnya dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Sejajar dengan pelancaran lebih banyak model EV pada harga rendah dilancarkan pada 2024 dan 2025, pihaknya menjangkakan kadar penggunaan EV di Asean juga akanterus meningkat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...