Home Perniagaan Pasaran hartanah diunjur kukuh tahun ini, LBS rancang lancar 10 projek baharu
Perniagaan

Pasaran hartanah diunjur kukuh tahun ini, LBS rancang lancar 10 projek baharu

Pasaran hartanah diunjur kukuh tahun ini, LBS rancang lancar 10 projek baharu

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San (empat, kiri) selepas sidang media pada Majlis \’2019 Outlook Media Briefing\’ di Petaling Jaya.

PETALING JAYA, 4 Januari – Pasaran hartanah tempatan diunjur kekal kukuh tahun ini, dipacu permintaan berterusan untuk hartanah kediaman.

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata berdasarkan jangkaan itu, LBS Bina Group optimis sasaran nilai jualan syarikat sebanyak RM1.8 bilion tahun ini, mampu dicapai.

\”Unit-unit rumah masih lagi mendapat permintaan. Lihat saja pemaju hartanah lain membeli lot tanah bererti wujud keyakinan dalam pasaran. LBS juga menambah pegangan tanah untuk tujuan projek di masa hadapan,\” katanya.

Bercakap selepas taklimat media di sini, Lim berkata LBS merancang untuk melancarkan 10 projek baharu tahun ini dengan nilai pembangunan kasar RM2.33 bilion.

Tahun lalu, syarikat pemaju tersebut mencatat nilai jualan RM1.7 bilion.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...