Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi

Pasaran getah ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga getah.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh keyakinan yang semakin meningkat untuk penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan langkah rangsangan terbaharu China bagi merangsang pemulihan ekonominya.

\”Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US kerana data pembuatan global lebih lemah mempengaruhi sentimen pasaran,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat walaupun kontrak itu berada di landasan yang betul untuk penurunan mingguan apabila peniaga membuat pertimbangan akibat daripada pengukuhan yen dan petunjuk bercampur-campur dari China mengenai prospek permintaannya.

“Harga minyak naik lebih tinggi pada hari Jumaat tetapi cenderung mencatat kerugian minggu keempat berturut-turut kerana kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi dan permintaan sebahagian besarnya mengimbangi rangsangan bagi tempoh sementara daripada ketegangan yang semakin teruk di Timur Tengah,” katanya.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.58 peratus kepada US$80.04 setong.

Beliau berkata Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka menurunkan kadar faedah pertamanya bulan depan dan kali kedua pada Disember depan untuk memastikan ekonomi AS kekal berada di landasan betul berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.

“Dilaporkan bahawa usaha China untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah dijangka membantu ekonomi mencapai sasaran pertumbuhan kerajaan pada 2024 sebanyak kira-kira lima peratus tetapi pihak berkuasa mungkin perlu melakukan lebih banyak untuk pengguna mulai tahun depan atau menerima pertumbuhan yang lebih rendah,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik sembilan sen kepada 775.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 633.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 778.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 633 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...