Home Perniagaan Niaga hadapan emas melantun semula untuk ditutup tinggi
Perniagaan

Niaga hadapan emas melantun semula untuk ditutup tinggi

Niaga hadapan emas melantun semula untuk ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada AS$2,159.50 setiap auns troy daripada AS$2,156.70 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,169.70 setiap auns troy berbanding AS$2,166.90 setiap auns troy.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 11 lot daripada 14 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40 kontrak daripada 51 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 19 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,154.90 setiap auns troy.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...