Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka catat trend menaik minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka catat trend menaik minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan trend menaik minggu depan, menjejaki perkembangan luaran serta prestasi ComexAmerika Syarikat(AS), kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas telah mengatasi paras US$2,050 walaupun dolar AS mengukuh, yang membayangkan kebimbangan geopolitik global serta risiko pilihan raya AS mula meningkat.

“Analisis inflasi AS pada Januari mendorong hasil AS lebih tinggi, yang biasanya negatif untuk emas, tetapi ramai pelabur masih beranggapan hala tuju untuk inflasi dan kadar adalah lebih rendah, dengan Rizab Persekutuan AS dijangka mengurangkan kadar faedah pada bulan Jun.

“Saya fikir inilah yang mendorong sokongan. Tumpuan minggu depan adalah pada senarai gaji bukan ladang AS, jadi saya menjangkakan julat dagangan pada kebanyakan minggu depan dengan paras sokongan pada US$2,035 setiap auns troy dan paras rintangan pada US$2,065 setiap auns troy,” katanya kepada Bernama.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir ini, niaga hadapan emas diniagakan kebanyakannya lebih tinggi, menjejaki prestasi positif niaga hadapan emas Comex AS.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan susut kepada 58 lot daripada 89 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 35 kontrak daripada 71 kontrak pada minggu lalu.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bagi Mac 2024 meningkat kepada US$2,053.80 daripada US$2,027.10 setiap auns troy minggu lepas, dan April 2024 naik kepada US$2,063.80 setiap auns troy daripada US$2,038.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak untuk Mei 2024 dan Jun 2024 masing-masing ditutup lebih tinggi kepada US$2,063.80 setiap auns troy berbanding US$2,028.40 setiap auns troy seminggu sebelumnya.

Kontrak bagi Ogos 2024 berada pada US$2,063.80 setiap auns troy.

Harga emas fizikal berada pada US$2,048.05 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 29 Februari.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...