Home Perniagaan Kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat 150 peratus suku tahun pertama
Perniagaan

Kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat 150 peratus suku tahun pertama

Kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat 150 peratus suku tahun pertama

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy

SEPANG, 1 April – Kemasukan pelancong dari China ke Malaysia meningkat sebanyak 150 peratus bagi suku tahun pertama berbanding tahun lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy berkata jumlah sebenar akan diumum kelak.

\”Tahun lepas kita telah mencapai 1.47 juta pelancong dari China dan untuk suku tahun pertama Januari dan Februari telah menunjukkan peningkatan 150 peratus, nanti kami akan dapatkan angka yang tepat dan akan diumumkan kelak,\” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.

Tambah Manoharan, bagi mencapai sasaran lima juta pelancong China ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelbagai usaha dijalankan termasuk menambah laluan penerbangan baharu.

\”Pada masa ini Sichuan Airline dan juga syarikat Hainan Airline ada dua syarikat penerbangan dari China yang telah pun menunjukkan minat untuk membuat penerbangan terus ke Johor dan syarikat penerbangan tempatan seperti Batik Air dan Air Asia juga akan mengadakan penerbangan terus dari Hico ke Johor Bahru,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...