Home Perniagaan Jualan Proton pada Julai melonjak 37.3 peratus, tertinggi sejak September 2022
Perniagaan

Jualan Proton pada Julai melonjak 37.3 peratus, tertinggi sejak September 2022

Jualan Proton pada Julai melonjak 37.3 peratus, tertinggi sejak September 2022

Proton Holdings Bhd (Proton) merekodkan jualan sebanyak 15,103 unit kenderaan pada Julai lalu, angka tertinggi sejak September 2022 bagi pasaran domestik dan eksport / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Proton Holdings Bhd (Proton) merekodkan jualan sebanyak 15,103 unit kenderaan pada Julai lalu, angka tertinggi sejak September 2022 bagi pasaran domestik dan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata ia menunjukkan permulaan kukuh Proton bagi separuh kedua tahun 2024 dan menguatkan kedudukannya di tempat kedua dalam carta jualan automotif tempatan.

\”Jumlah jualan meningkat 37.3 peratus pada Julai, berbanding bulan sebelumnya. Penutupan kilang yang dirancang untuk aktiviti penambahbaikan operasi, memberi kesan kepada angka pengeluaran,\” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Proton, untuk tempoh Januari hingga Julai lalu, jumlah jualan dicatatkan sebanyak 88,799 unit manakala jumlah volum industri (TIV)) dianggar sebanyak 73,761 unit.

Proton juga sedang merangka pelbagai perancangan untuk bulan-bulan yang akan datang, termasuk pelancaran Proton X70 2025 bulan ini.

Selain usaha berterusan untuk pelancaran model EV pertama Proton yang akan menjadi kereta elektrik pertama Malaysia.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...