Home Perniagaan Indeks utama FBM KLCI dibuka tinggi sedikit pagi ini
Perniagaan

Indeks utama FBM KLCI dibuka tinggi sedikit pagi ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 November- Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit hari ini sebelum bergerak rendah, mengetepikan prestasi semalaman Wall Street yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI merosot 0.69 mata kepada 1,456.23 daripada penutupan semalam pada 1,456.92. Indeks utama dibuka 1.21 mata lebih tinggi untuk mencatatkan paras 1,458.13.

Pergerakan harga di pasaran positif, dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 206 berbalas 120, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,777 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 207.85 juta unit bernilai RM79.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi selepas sentimen pelabur dirangsang oleh kelemahan data inflasi yang menyebabkan penurunan hasil bon.

Sementara itu di pasaran tempatan, beliau berkata pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan pendapatan korporat terutamanya daripada sektor kewangan yang mungkin memberikan sokongan dalam tempoh terdekat.

\”Kami yakin pendapatan terutamanya daripada bank yang dijangka kekal kukuh untuk tahun 2023 dan ini mungkin boleh menarik pembeli kembali ke pasaran,\” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,455-1,465 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing kekal pada harga RM9.11 dan RM4.21, CIMB susut empat sen menjadi RM5.73 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM9.95, manakala Petronas Chemicals peroleh dua sen kepada RM7. 22.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada 3.5 sen, Leform turun setengah sen menjadi 28.5 sen, Ageson tidak berubah pada 7.5 sen, Muhibbah menambah 7.5 sen kepada 77.5 sen, dan MYEG untung 1.5 sen kepada 82 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.59 mata kepada 10,795.71, Indeks FBMT 100 menambah 4.42 mata untuk mencatatkan paras 10,453.72 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 13.71 mata kepada 11,015.52.

Indeks FBM ACE untung 2.20 mata kepada 5,197.45 dan Indeks FBM 70 mengembang 47.0 mata kepada 14,390.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 13.83 mata kepada 16,345.44, Indeks Tenaga turun 0.5 mata kepada 860.01, manakala Indeks Perladangan 8.99 mata lebih tinggi kepada 6,994.99 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata untuk mencatatkan paras 173.96.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...